Thursday, 12 June 2014

Cadbury

Assalamualaikum.







Well , sekarang dah kecoh kot pasal news ni. Atau , news ni dah senyap kembali? Krik krik krik. Entah , aku pun tak tahu menahu pasal tu. Sesuka limpa , hempedu guwa lah nak tulis pasal ni.


Cadbury. Semua orang tahu apa itu cadbury kan? Cekelat ( coklat ) yang popular lah jugak , sama popular macam Justin Bieber. Err , okay abaikan. Tiba-tiba , adanya angin , ribut pasal cadbury ni , dikatakan haram. Katanya , ada dna haiwan pink dalam cadbury ni.









Tapi , aku tak sure pasal berita tu. Sahih ke idok? Betul ke salah? Aku bukan bekerja dekat syarikat makanan. Bila berita tu sampai je dekat cuping telinga aku ni , heartbroken gilaa. Gila tak heartbroken? Cekelat favorite aku tu. Even dalam kelas pun , bila cikgu berbuih-buih mulut mengajar kat depan , tangan aku dok ligat kepak cekelat cadbury ni , bawak masuk mulut. ( Jangan tiru aksi ni disekolah anda , takut kena tangkap , kuikuikui ) Kalau nak beli barang makanan  bila nak balik asrama , cekelat yang wajib aku beli ialah cadbury. Tak kiralah , masa tu duit pun ala-ala ciput je. Aku tetap beli , sebab suka. 






Ohh , cadbury.


Kakak aku ni rajin meneroka berita-berita yang memang up-to-date ni. Dia cerita dekat mak aku , aku pun dok bukak telinga , walaupun bajet-bajet tengah baca novel. Dia kata , sebenarnya syarikat cadbury dekat Malaysia ni , orang melayu dah ambik alih. Then , orang cina yang sabotaj katanya ada dna haiwan pink tu. Tapi ! Ini rumors je tau. Aku tak berniat nak bersikap racist atau apa. #SayNoToRacism. Aku tak tahu sama ada berita ni betul atau tak. Jadi , jangan letakkan kepercayaan 100% dalam hal ni ya. 





Jadi , aku rasa kalau nak selamat , lebih baik aku tukar angin. Selamat tak makan kitkat? Haha kitkat pulak yang jadi makanan aku waktu cikgu tengah mengajar kat depan. Hehh.


Bye Assalamualaikum.


p/s : Percaturan ni senang je , kalau rasa was-was..tak payah makanlah brader ✌



No comments:

Post a Comment