Hahaha sumpah dah lama gilaaaaaa tak on belog ni. Tu yang bukak-bukak terbatuk-batuk dek berhabuknya belog ni. Eceh. So , apa khabar ? Good news gais , SPM dah habis. Tak sangka gila dah habis exam yang mega tera giga punya besar dan penting dalam hidup student sekolah babe. Rasa terharu pun ada , rasa tak percaya pun ada. Maklumlah rasa macam baru 3 hari lepas masuk form 1 tetiba dah habis spm kau. Masa betul-betul cepat berlalu pergi , mana nak tunggu manusia dah. Buang masa babe. lol
Spm is over gais. I wanna cry a river. *beria gila
Acah acah dah besar konon dah habis sekolah. Dan paling tak tertahan dek telinga ni mendengar ialah " Tengoklah esok dah masuk universiti ke dah kerja ke , mesti kamu rindu sekolah". I've heard this a million trillion zillion times in my life *crying. Ok itu hakikat yang memang every adults akan cakap dekat bebudak yang dah habis sekolah. Elehh , cakap jelah dia yang rindu sekolah dia. Memaglah akan rindu pun no matter what , tapi sebenarnya akan rindu kengkawan bukan sekolah yang pasti. Hahaahaha ok .
Apa sebenarnya plan lepas habis spm ni? Tulah plan pertama , mak aku nak aku masuk kelas memasak dia. Macam persediaan ke arah isteri mithali kau. Entahlah. Perempuan memang kena masuk dapur pun tak kira kerja apa sekalipun. Plan kedua , kerja part time. Ini motif untuk menambah duit poket yang semakin hari semakin nipis dek dibelanjakan dengan rakus sekali oleh tuan punya badan. Kerja apa? Luls , paling cliche pun jadi cashier mydin kot. Oklah tu. Plan ketiga , lesen. Benda paling wajib sekali ambik , supaya senang nak bawa diri ke mana-mana lepasni.
Selena (bukan nama sebenar) kelihatan seronok dengan pencapaiannya mendapat P.
Hope so plan-plan ni menjadi. Memandangkan dah lama aku tak praktikkan penulisan aku ni , aku pun jadi buntu dah dan semakin buntu nak tulis apa lepasni. Selain mereputs dirumah , mintak tolong doakan result spm aku yang entahlanak. Komen aku , spm tahun ni susah. Bagi yang tak setuju dengan aku , boleh membidas bagi pihak disana , nak kata spm senang , teruskan dengan hujah anda. Aku je kot yang rasa spm tahun ni susah , study tu study tapi *studor pun ada jugak. Maklumlah budak asrama kan. Hahaha pray for 98 liners result.
Doakan result aku dan para-para batch 98 untuk baik baik saja. In Sha Allah , tercapai macam yang dalam gambar tu. Aminnnn.
p/s: Lepasni mungkin rajin kot nak update belog ni. Bye !! *studor tu study + tidor lol








.jpg)







