Monday, 15 December 2014

Cantik vs Tak berapa cantik

Assalamualaikum warga maya sekalian. 

Rasa macam dah lama gila tak update entry baru. Umpama sepuluh tahun yang lalu last aku update blog ni. Blog ni mungkin dah berhabuk , dan menjadi peninggalan anai-anai mungkin. Eh , blog ni kayu ke? Lantaklah. 

Bagi menghabiskan cuti sekolah yang memang dah sampai hujung-hujung tahun 2014 ni , mungkin ada yang bermaharajalela di rumah. Mereput mungkin. Ada yang jet-jet nak hangout dengan member walhal duit pun ala-ala ciput je. Bagi manusia yang satu batch dengan aku , mungkin sedang menghadiri tusyen-tusyen. Aku dirumah , makan , twitter , instagram , whatsapp , tengok tv , tidur dan esoknya ulang benda sama. Dah expert dah. 

Aku decide nak update entry baru uolls :) Yang bertajuk seperti diatas , bukan atas siling rumah korang mahupun langit nan biru tapi atas tu. Tajuk macam judgemental gila kan?. 

Ok kat sini aku nak cerita pasal orang cantik vs orang yang tak berapa cantik. Memandangkan aku asyik scrolling twitter , aku adalah dengar rumors pasal orang ni , pasal orang tu. Tak nak lah mention pulak. Dan ramai yang post pasal budak berusia 13 tahun dah cantiklah , 14 tahun dah macam matang gila. Lepastu , dok bandingkan diri sendiri dengan budak-budak tu. Dunia dah lain , zaman dah berubah , kak. Memanglah rasa macam self-esteem nak explode bila tengok gambar bebudak tu. Lepastu dok tweet , ' aku masa umur 13 tahun , anak tudung pun tutup kening lagi ' Haishh. 


Lepastu rasa macam diri sendiri hodoh gila. Ni nak cakap , korang ada tengok video matluthfi yang bertajuk ' Cantik itu subjektif ' tak? Kalau tak , search kat youtube lepastu tengok. Kalau dah tengok , aku rasa korang dah tahu kan , cantik tu memang subjektif. Sebab apa rasa macam banyak sangat orang cantik kat dunia. Sebenarnya tak ramai mana yang cantik pun , cuma tv , majalah , iklan asyik dok tayang orang yang cantik. Nak naikkan rating memang macam tu. Takkan lah nak ambik korang jadi model , mungkin rating jatuh. Ok gurau kasar. Sorry. 

Everyone is beautiful in their own way. But people sucks. Keep on judging someone based on their looks. Kalau hitam , dikatanya anak negro. Kalau banyak jerawat , tak nak kawan. Kalau gemuk , dikutuknya. Kalau lawa , buat jahat pun takpe. Kalau hensem , dikatanya playboy. It sucks. Don't go on with your pathethic mind. Tengok orang cantik sikit , dah rasa down to earth dan rasa diri macam tak cantik. Semua ciptaan Allah indah belaka. Kalau tak berapa nak cantik di wajah , mungkin hatinya suci murni. Ewahh , dah macam tajuk lagu jiwang karat zaman 80an pulak. 


Tapikan , bila difikir balik. Buat apa pun , orang akan judge kita. Berdasarkan pengalaman aku sendiri. Bukan akulah , tapi orang yang aku kenal. Dia cantik , bila dia buat baik , orang suka. Bila dia buat jahat , orang tak kisah. Sebab apa? Sebab dia cantik. Menyampah kekadang. Tapi takpelah. 

Tapi jangan risau , cantik ke tak berapa cantik ke , korang tetap akan bertemu dengan jodoh korang suatu hari nanti. Eh , tetiba. Cuma nak cakap muka cantik tak semestinya hati pun cantik. Muka tak berapa cantik , tak semestinya hati pun tak berapa cantik. Berhenti jadi bodoh. Jangan terlalu menyanjung yang indah sedangkan semua ciptaan Allah indah belaka ya. 


p/s : Just keep on living our life , because we'll be judge anyways. And tell them , idgaf. 

Thursday, 31 July 2014

Abuden

Assalamualaikum 

 
Le owner , the warrior dah lama tak menari-narikan jari yang runcing ini atas keyboard ni. Haha. Beta terlalu sibuk beraya. Ohh Happy Eid Mubarak sebelum terlambat. Maaf fizikal dan mental ya. *tengah susun sepuluh jari*. Nasib baik ada sepuluh jari jaa. 


Ohh haa , aku bukan nak post pasal raya. Cliche sangat. Haha. 


ABUDEN !! 

Jangan risau , bukan mencarut tu. But it sounds so wrong , right?. Abuden is the short form of "Ah, but then?" to indicate, "What else did you expect?" or "Wasn't that obvious?". State the obvious. #TypicalMalaysian. Jujuqnya , abang aku yang ajar aku pasal abuden ni. Mula-mula aku ni senang je kena tipu , dia kata abuden ni perkataan cina. Dah tu , aku pun percaya bujur-bujur , petak-petak. Bila aku pun nak pakai perkataan abuden tu (sebab suka) , aku pun pakailah. Bila orang tanya " Bahasa apa abuden tu?" Aku pun menonong jawab , " Cina". Ceit. Aku kena tipu , orang lain pun tertipu. Rasa nak hempuk kepala pakai balang kuih raya. Eh.



Biarlah aku bagi contoh.

Situasi 1.

Abu sedang cuba untuk melelapkan mata di atas sofa.

Ali : Abu , kau dah nak tidur ke? 
Abu : (muka sepesen) Ehh , taklah aku tengah praktis cara nak duduk dalam keranda. 

Ok , gurau kasar. 

Abu : Abuden.


Situasi 2.

Jah sedang menyidai baju di ampaian.

Mek : Jah oiiii , tengah sidai baju ke?
Jah : Eh idok sidai bajunya , tengah beli baju. Banyak pulak pilihan baju ni.
Mek : *krik krik*
Jah : Abuden kau Mek.


Situasi 3.

Mat sedang mencuci kereta.

Ali lagi : Mat , tengah basuh kereta ke?
Mat : Tengah basuh berak anak aku. 

Gurau kasar lagi. 

Mat : Abuden.

etc.

Jadi itulah kisahnya. Well ekceli banyak lagi kisah abuden yang sedang berlaku sekeliling kita. Pengajarannya , Ali memang abuden. Hahaha. 

Ok , sebenarnya aku pun suka-suka tanya soalan yang memang dah terang lagi nak suluh pakai torchlight tak pun spotlight. Terang sikit. Tapi kadang-kadang kalau korang tanya orang yang memang mood dia down gilaa , pastu korang yang bebengong ni pun tanya soalan yang memang dah ada jawapan dekat dia. Silap tarikh lahir , korang kena gigit dengan dia memandangkan bulan puasa dah habis. 

Jadi kalau nak suka-suka tanya soalan yang macam tu , berpada-padalah. #remindingmyselftoo. Tak salah pun , haha itu menunjukkan korang ni pandai bergurau. 


p/s : Cuba tanya dekat driver kereta yang tengah drive , " Tengah memandu ke , bang?" Cari nahas.














Sunday, 20 July 2014

Bait-bait cinta Allah

Bismillahirrahmanirahim. 



Walau ranjau duri mula melukakan diri 
Badan koyak rabak sekalipun 
Hidup yang ditempuh penuh onak
Andai jalan ini yang Engkau tentukan 
Aku redha.


Saat dalam kegelapan
Berseorangan
Ketahuilah 
Aku tak sekuat yang aku sangka
Tak seperti yang aku tahu
Tampak seperti hanya bayangan kekuatan yang mula pudar
Ku telan hakikat ini
Tampak diriku yang lemah hanya perlukan pertolonganMu
Hanya perlukan bimbinganMu


Sedang dan masih merangkak mencariMu
Setiap apa yang Kau tentukan
Ku pasti ada hikmah sebaliknya
Tinggal perlu difahami dan dilalui


Aku memohon keampunan dariMu
Diriku yang hina dan lemah ini 
Baru tersedar 
Engkau cuma mahukan hambaMu 
Sentiasa mengingatiNya
Dan teruskan berbakti berdakwah dijalanMu
Andai parut ini adalah tempias jalan dakwah
Engkau redhainya
Kerana ini adalah
Bait-bait cintaMu terhadap hambaMu



Terima kasih Allah.

Friday, 13 June 2014

Ramadhan dan FIFA World Cup

Assalamualaikum. 


Memandangkan bulan Ramadhan dah nak dekat. Aku excited pulak. Tapi sebenarnya kalau kita perhati betul-betul , excitement kita terhadap bulan Ramadhan sebenarnya sebab Syawal kan? Sebab nak raya? Betul tak? Belum sampai bulan puasa pun , dah ada orang tanya , baju raya warna apa? Raya kat mana tahun ni? Baju raya berapa pasang? Selendang nak buat style apa? etc. 


Aku paling suka bila bulan puasa tiba sebab adanya bazar Ramadhan , sebab mak masak sedap-sedap , sebab aku boleh berjalan kaki ke surau dengan kawan untuk terawih , sebab inilah masanya nak turunkan berat badan. LOL. Salah niat sebenarnya. 


Sedang cuba untuk betulkan niat balik. 


Benda yang selalu dinantikan bila bulan puasa nak tiba ....





Dari kecik lagi , aku suka tunggu depan tv nak tunggu orang ni bagi pengumuman esok puasa. Tapi itu dulu , sekarang siang-siang lagi dah ada orang menjerit "esok puasa , woi " Alahh , potong stim lah. Paling suka zaman kanak-kanak bila bulan puasa tiba. 





Bulan Ramadhan tahun ni , aku sambut dekat sekolah. Sebagai pelajar Igop. Mungkin ada hikmah Allah letakkan aku dekat sekolah baru aku tu. Mungkin Allah nak aku berubah. Sebab aku banyak buat salah , dosa. Aku pun pernah menipu , aku pernah marah-marah tanpa sebab , aku pernah termencarut bila dalam bad mood , aku pernah selinsing tangan baju dan etc. Ramadhan kali ni , aku cuma nak dekatkan diri dengan Allah , Pencipta kita. Semoga bukan sekadar kata-kata. Amin.


Ok 



Selamat menjalani ibadah puasa. :)




Semua orang sedia maklum tentang fenomena yang sedang berlaku secara Tera dekat Rio , Brasil. FIFA World Cup yang cukup 4 tahun ditunggu-tunggu. Ya , bola. Bola dan bebudak laki kan sinonim.Bukan budak jelah , yang tetua jugak. Hehh. Aku ingat lagi , dulu masa sekolah rendah , bebudak laki suka ejek aku FIFA World Cup sebab nama aku afifah. FIFA World Cup je aku , aku je FIFA World Cup. International nama aku kan?  FIFA World Cup tahun ni bertindan dengan bulan puasa. 








Dan apa yang bakal berlaku dekat hostel...




Hahaha kadang-kadang ada hikmah jugak kan FIFA World Cup ni bertindan dengan bulan Ramadhan. 


Aku sokong German. Kadang-kadang adalah aku menyendeng dengan abah dan abang-abang aku masa diorang tengah kusyuk  tengok bola tahap kuasa kuda. Minat aku terhadap bola 50% cenderung kepada kehenseman dan kemachoan dorang waktu tengah mengelecek bola. 50% lagi sebab cara sesuatu kelab tu bermain. Hahaha fakta. 








Sementara tengah hangat pasal piala dunia ni , janganlah kita lupa untuk beribadat pada bulan Ramadhan ni ya. 



Adios , assalamualaikum.


p/s: Macamana player Islam nak puasa bila tengah main bola? Ustaz tak pernah bagitahu pun.


Thursday, 12 June 2014

Cadbury

Assalamualaikum.







Well , sekarang dah kecoh kot pasal news ni. Atau , news ni dah senyap kembali? Krik krik krik. Entah , aku pun tak tahu menahu pasal tu. Sesuka limpa , hempedu guwa lah nak tulis pasal ni.


Cadbury. Semua orang tahu apa itu cadbury kan? Cekelat ( coklat ) yang popular lah jugak , sama popular macam Justin Bieber. Err , okay abaikan. Tiba-tiba , adanya angin , ribut pasal cadbury ni , dikatakan haram. Katanya , ada dna haiwan pink dalam cadbury ni.









Tapi , aku tak sure pasal berita tu. Sahih ke idok? Betul ke salah? Aku bukan bekerja dekat syarikat makanan. Bila berita tu sampai je dekat cuping telinga aku ni , heartbroken gilaa. Gila tak heartbroken? Cekelat favorite aku tu. Even dalam kelas pun , bila cikgu berbuih-buih mulut mengajar kat depan , tangan aku dok ligat kepak cekelat cadbury ni , bawak masuk mulut. ( Jangan tiru aksi ni disekolah anda , takut kena tangkap , kuikuikui ) Kalau nak beli barang makanan  bila nak balik asrama , cekelat yang wajib aku beli ialah cadbury. Tak kiralah , masa tu duit pun ala-ala ciput je. Aku tetap beli , sebab suka. 






Ohh , cadbury.


Kakak aku ni rajin meneroka berita-berita yang memang up-to-date ni. Dia cerita dekat mak aku , aku pun dok bukak telinga , walaupun bajet-bajet tengah baca novel. Dia kata , sebenarnya syarikat cadbury dekat Malaysia ni , orang melayu dah ambik alih. Then , orang cina yang sabotaj katanya ada dna haiwan pink tu. Tapi ! Ini rumors je tau. Aku tak berniat nak bersikap racist atau apa. #SayNoToRacism. Aku tak tahu sama ada berita ni betul atau tak. Jadi , jangan letakkan kepercayaan 100% dalam hal ni ya. 





Jadi , aku rasa kalau nak selamat , lebih baik aku tukar angin. Selamat tak makan kitkat? Haha kitkat pulak yang jadi makanan aku waktu cikgu tengah mengajar kat depan. Hehh.


Bye Assalamualaikum.


p/s : Percaturan ni senang je , kalau rasa was-was..tak payah makanlah brader ✌



Monday, 9 June 2014

Selfie ke Selfish.

Assalamualaikum.



Ok. Tajuk kali ni gila common dengan masyarakat zaman sekarang. Especially , remaja. Selfie adalah mengambil gambar sendiri , tak kiralah pakai phone ke , tab ke , ipad ke , camera ke , dan yang sewaktu dengannya. Ekceli , selfie ni ambik dari perkataan selfish ke? Lol. Ye lah , ambik gambar sensorang , tak ke selfish. Tipulah kalau ada orang tu tak pernah selfie kan? Mungkin atuk opah yang tak reti nak selfie. Ehh apahal pulak tak reti , aku tengok ada si cucu-cucu yang advance sesangat ni dok mengajar atuk opah diorang selfie. Hahaha kau ada? Eleh , bagi aku selfie is a natural habit. Macam-macam ragam aku tengok orang berselfie. Tapi percayalah bila kita mula nak berselfie , kalau ada mata yang memandang , mesti kita pun tak selesa kan? Hahh !! 


"Tengok aku , lagi advance dari korang yang manusia ni. Fish eye lens lagi. Follow insta aku : kucingviennas "




Payah kan kalau kucing pun pandai selfie. Satu lagi fakta , bagi kaum hawa. Kalau ambik gambar selfie , mesti nak yang perfect kan? Kalau ambik 107 kali pun , kalau buruk , tetap ambik lagi tak kiralah ribut badai melanda , janji gambar selfie yang diambil PERFECT. Perangai macam tu , memang aku rasa nak baling kicap dekat diorang. Baik pergi tolong mak korang angkat kain jemuran ke. 








Hakhak. Comel gila. Duckface tu. Rasa nak sagat kepala budak ni.



Tapi selfie ni jadi fenomena bila adanya Instagram. Gambar semata-mata. Tapi yang lagi dahsyat , kakak aku cerita , ada sekolah ni , tak tahulah sekolah mana , anjurkan pertandingan selfie. Hahaha respect gila kat sekolah ni , pertandingan yang dianjurkan sangat menarik. kuikuikui.








Jayyyyyy Bee in da house yo. Selfie by JB.



Nak merancakkan lagi fenomena satu dunia ni , adanya satu alat yang diberi nama monopod. Dulu , aku pun tak tahu menahu menatang apa monopod ni. Ada lah jugak , aku tengok gambar orang selfie pakai monopod. Aku tengok smart jugak , tapi kayu apa yang diorang pakai? Damn. Teruknya aku. Macam baru keluar dari gua setelah berada 16 tahun dalam tu. Jadi , kesimpulannya tak salah pun berselfie ni. Selfie syndrom is everywhere. 



Ok, bye Assalamualaikum.



p/s : Kalaulah selfie ni satu app dalam phone yang kena bayar , aku rasa pokai lah yang kuat berselfie tu.

Wednesday, 28 May 2014

Budak Baru Belajar

Assalamualaikum ,


Aku Afi. Nama betul Afifah. Umur dah cukup 16 tahun 2 bulan. Haha. So , akhirnya Alhamdulillah blog aku siap. Sebenarnya , belum siap lagi pun. Dah lama aku nak buat blog ni tapi tak ter-buat-buat. Tak berkesempatan sebenarnya. Sobs. Tapi pembuatan blog ni masih dalam proses. Tengok tajuk post lah -Budak Baru Belajar-. Haaa , nama pun budak baru belajar nak ber-blogging , jadi tunjuk ajarlah ye. Kalau boleh ambik galah , tolong jolokkan. Motif sebenar nak buat blog ni suka-suka je , diari online kononnya. Tapi sebab sebenar ialah aku ni jenis suka menulis , menaip dan yang sewaktu dengannya. 



Jadi , aku akan gunakan blog ni bila aku rasa macam nak menaip.


Haa , aku tak pasti rupa aku macamana waktu aku tengah struggle tunggang langgang nak buat blog. Hiperbola gilaa kan? Cakap macam buat blog ni macam nak pergi berperang kan.
Taklah , aku je yang rasa macam tu. Jadi , tak nak lah tulis banyak-banyak lagi. Ni introduction je. 



Ok , bye Assalamualaikum. 


p/s : Buat blog tak susah pun. nah bunga @>